Tuesday 6 August 2013

Penjagaan Ibu

Pada minggu-minggu dan bulan-bulan pertama, anda akan memberikan sepenuh tumpuan kepada si kecil. Kebanyakan ibu sering mengabaikan penjagaan diri sendiri sedangkan perkara ini juga akan memanfaatkan bayi dan keluarga anda. Kembali langsing bukan hanya dengan pemulihan fizikal selepas kelahiran, tetapi juga dengan memberi tumpuan pada penjagaan diri, tubuh dan kesihatan anda. Anda perlu memberi perhatian kepada apa yang anda makan, waktu rehat dan penjagaan kulit dan badan. Secara keseluruhan, penjagaan diri amat penting untuk anda kekal sihat dan gembira. Ingat bahawa masa dan penjagaan yang anda berikan kepada diri anda sendiri sebenarnya ialah satu pelaburan ke arah membina sebuah keluarga yang bahagia. Bayi, pasangan dan anak-anak anda akan melihat serta merasai perbezaannya jika anda senang dengan diri anda sendiri. Oleh itu, luangkan masa untuk diri anda sendiri. Berusaha untuk kembali langsing, jaga diri dan kulit anda. Makan dengan teratur, rehat secukupnya dan anda akan menjadi seorang ibu yang lebih baik, lebih relaks dan lebih gembira!

0 comments:

Post a Comment