Monday 16 December 2013

Masa kita dapat tahu kata kita pregnant, mesti kita dah pasang niat nak breastfeed baby sampai umur 2 tahun kan? so sweet.. ^_^
Walaupun kita tahu yang Allah dah ciptakan kuantiti susu badan yang mencukupi, namun masih terselit kerisauan pasal kuantiti susu kan?
Lepas tu mula la kita pulun cari suplemen untuk tambah susu badan...
Mula lah nak cari yang ikut kemampuan kan?
Haa.. jangan risau... Yanie ada set yang betul-betul mampu dibeli oleh semua para ibu2 comel yang sentiasa berusaha untuk berikan yang
terbaik utk baby...

Inilah SET SUPERJIMAT SHAKLEE... tak sampai RM200 pun...



Yanie faham... apa kata pm | whatsapp | sms ...
019-4166909
yanie.izwan@gmail.com
yanielgk.blogspot.com
sid: 931108

Monday 2 December 2013

Selsema??

Assalamualaikum,

Sekarang ni kan tengah musim demam? Ramailah yang demam.. termasuk lah diri Yanie ni.. aritu baby demam.. ni mama pulak kena.. Selalunya kalau kena selsema, amatlah lambat nak lega dan mesti doctor bagi mc.. tetapi, sejak Yanie ambil supplemen Vitamin C Shaklee, alhamdulillah laa... kali ni tak mc... boleh je g kerja macam biasa... Syukur Alhamdulillah.. bersyukur tak terhingga...


So, jangan kita abaikan kesihatan kita... dalam masa yang sama, kulit pun makin cerah... dan parut jerawat mengecil... begitu juga dengan liang-liang roma...

PM Yanie yer:

yanie.izwan@gmail.com
019-4166909
www.yanielgk.blogspot.com

TERBAIK UNTUK JANTUNG ANDA!!!


Tuesday 19 November 2013

Masalah Keputihan

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh sikap tidak perihatin atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit mereka.



Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh bakteria semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Wanita hamil dan mengidap penyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat candida.  

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak. 

Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah,  berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria. 



Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang tidak normal ialah:-
  1. Infeksi yang disebabkan oleh kulat. Keluar lendir berwarna putih ataupun kekuningan. Ia berlaku secara berterusan dan biasanya disertai dengan rasa gatal. Infeksi jenis ini kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia. 
  2. Infeksi oleh kuman trichomonas. Keputihan wanita jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.
  3. Infeksi oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda bagi situasi ini ialah keluar cecair yang berwarna kelabu serta berbau.
  4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang ditunjukkan dengan keluarnya cairan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah.
  5. Kanser pangkal rahim. Tandanya ialah keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal, disertai bau busuk
Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang lain:-

  1. Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.
  2. Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.
  3. Pemakanan juga merupakn faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.
  4. Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.
Terdapat benda asing seperti adanya benang, kain ataupun benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

APAKAH KEBURUKAN KEPUTIHAN

Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:
  1. Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
  2. Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.

JANGAN RISAU... SHAKLEE KAN ADO??


Alfalfa - supplement yang wajib untuk wanita dan lelaki kerana alfalfa merupakan 1001 khasiat.Ia juga dikenali sebagai RAJA TUMBUHAN kerana terkenal dgn khasiat dan mineralnya yg tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran.Ia kaya dgn protin,asid amino,klorofil,serat,15 zat galian,10 vitamin,8 enzim dan fitokimia.

10 biji alfalfa = segelas susu

Kelebihan Alfalfa:

1) Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
2)Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
3) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas. 
4) Membantu membuang angin dalam badan. 
5)Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 
6)Melegakan sakit sendi dan belakang 
7)Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
8)Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint 
9)Memberi kelegaan semasa haid 
10)Merawat arthitis 
11)Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
12)Mencuci usus bagi membuang toksik 
13)Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
14)Meneutralkan asid dalam badan 
15)Merawat masalah keputihan pada wanita 
16)Membesar dan menegangkan payudara 
17)Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
18)Memulihkan urat selepas bersalin 
19)Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
20)Meningkatkan stamina seorang suami 
21)Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!! 
22)Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan Alfalfa untuk merawat masalah anda... boleh hubungi Yanie @ 019-4166909 tau? Jangan ragu² untuk terus bertindak... 

Thursday 14 November 2013

BERAT BADAN SIHAT


Penampilan tampak lebih Hebat dan Yakin dengan Berat Badan Ideal. Tak teringin ke u ols untuk dapatkan berat badan ideal? Dibangunkan oleh para saintis, produk yang diuji secara klinikal dengan pelan mudah yang enak ini dapat membantu anda mengekalkan otot di saat anda menghilangkan lemak degil dan mengurangkan inci tubuh. Anda mungkin telah mencuba banyak produk lain. Kini cubalah satu produk yang dijamin keberkesanannya..


  • Adakah anda makan makanan yang sihat setiap hari?
  • Adakah anda makan secara tidak teratur?
  • Adakah anda gemar memakan mekanan ringan?
  • Adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat kerana sentiasa sibuk?

Mengapa kebanyakan diet gagal?

Kebanyakan diet untuk menurunkan berat menyebabkan anda kehilangan lemak dan otot (ataupun salah satu di antaranya). Apabila anda kehilangan otot, metabolisme tubuh anda enurun dan tubuh anda hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi, berat badan anda akan lebih cepat naik secara mendadak.

Jadi, set Shaklee Body Perfector adalah jawapannya! Ia merupakan cara mudah untuk mengekalkan berat badan ideal di samping rasanya yang lazat.

Kebaikan:
  • Makanan segera untuk mereka yang aktif
  • Tinggi kandungan serat, memberi rasa puas dan kenyang
  • Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan



Mengapa Cinch berbeza?

Penemuan Pengurangan Berat Cinch merupakan proprietry kami yang diuji secara klinikal dengan formula peningkatan leusina. Cinch dengan leusina membantu anda mengekalkan otot yang anda miliki, membakar lemak yang tidak diingini, dan mengurangkan inci yang anda ingin kurangkan. Selamat tinggal kepada diet Yo - Yo.

Cinch dikeluarkan dengan 3 jenis perisa... Chocolate | Vanilla | Cafe Latte

Jadi, apa tunggu lagi? Macam tagline yanie... ANDA SIHAT KELUARGA BAHAGIA... cepat contact Yanie laju-laju mcm super rocket untuk dapatkan harga yang bombastic!

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR:
ID SHAKLEE 931108
HP: 0194166909
yanie.izwan@gmail.com
www.yanielgk.blogspot.com

Tuesday 12 November 2013

Khasiat Vitamin E...

Assalamualaikum semua... kali ni Yanie nak kongsi info yang Yanie share daripada blog Pakar-Cantik tentang kebaikan vitamin E ni, Selain dr kecantikan sgt byk faedah lain vitamin e ni, Kalau nak tahu vitamin e ni dikenali sbg 'vitamin cinta' sbb bertindak utk merapatkan hubungan suami isteri. Hah apalagi kalau takut nak mkn jamu n ada masalah ini jom telan vitamin e :)... ye laa... ada setengah orang x sesuai dgn jamu sbb dia panas...

Sumber vitamin e ni selalunya dr kekacang, minyak sayuran, sayuran hijau dan bijirin.




Antara khasiat2 vitamin E ini adalah

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam. 

2. Vitamin E kaya dgn antioksidaan yg dapat mencegah penyakit kanser

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan. 

4. Vitamin E dapat menghilangkan masalah parut jerawat, jeragat dan tompok hitam

5. Mencegah penyakit alzheimer

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar. 

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

8. Mengembangkan salur darah serta dapat menghalang pembekuan darah dr berlaku




So, vitamin E ni memang la sangat-sangat diperlukan dalam penjagaan penampilan diri kita... sebenarnya x semestinya kaum hawa yang perlukan vitamin e.. contohnya vitamin e ni perlu diambil oleh kaum lelaki jika mereka mengambil set kesuburan Shaklee...

Ini kerana Vitamin E semulajadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.

Jadi, jangan berlengah lagi tau... cepat contact Yanie laju2 untuk dapatkan tawaran harga yang murah...

Anda boleh hubungi Yanie...

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR:
ID SHAKLEE 931108
HP: 0194166909

Sunday 10 November 2013

Anda Menghadapi Masalah Resdung?

Apa itu R E S D U N G? 

Istilah Perubatan Tradisional Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat. - SUMBER DARIPADA: Blog Delima Rubie

GAMBARAJAH MENUNJUKKAN KAWASAN YANG DIJANGKITI RESDUNG

APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.

Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

Relax dan jangan tension sebab Shaklee ada menawarkan SET RESDUNG/ELERGI/ASTHMA/EKZEMA:
a. B-Complex
b. Vita-C
c. Alfalfa small @ large
Anda tertanya-tanya tentang RM untuk pakej ni? Jangan risaulah.. Yanie boleh bagi %%% tau.. ringan-ringankan jari jemari anda untuk contact Yanie... setiap panggilan akan dilayan sebaik mungkin.. :)
Anda boleh hubungi Yanie...

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR:
ID SHAKLEE 931108
HP: 0194166909

Friday 8 November 2013

VIVIX oh VIVIX!



Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

KHASIAT VIVIX:

a) PERLINDUNGAN ANTIOKSIDAN
b) MENYOKONG KESIHATAN OTAK
c) MENYOKONG KESIHATAN SENDI
d) MENYOKONG SISTEM IMUNISASI
e) MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG
f) MENYOKONG FUNGSI KARDIOVASKULAR
g) ANTI- PENUAAN
h) MELINDUNGI DAN MEMPERBAIKI SEL DNA
i) MENINGKATKANJANGKA HAYAT SELULAR
j) ANTI - KANSER

Jadi, tunggu apa lagi... Harga runcit VIVIX @ RM479 (tidak termasuk kos penghantaran)... tapi jangan risau, saya akan berikan harga yang super istimewa. Hanya RM3XX.XX dan percuma kos penghantaran. Pembelian 2 botol Vivix, harga ahli akan diberikan. Keistimewaan lain, dapat percuma keahlian Shaklee dan CASH BACK!

Jangan sayang keluarkan duit untuk mencegah penyakit... lebih baik sayang keluarkan duit untuk merawat penyakit..

Anda boleh hubungi Yanie...

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR:
ID SHAKLEE 931108
HP: 0194166909
www.yanielgk.blogspot.com

Pentingnya Penjagaan Kesihatan & Khasiat GLA Oleh Shaklee.


Memperkenalkan... VIVIX oleh Shaklee...



Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.
Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
Vivix bertindak dalam 4 cara:

1. Mempertahankan sel (cell defense)

vivix shaklee cell defense

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)

shaklee vivix cell energy

3. Memperbaiki sel (cell repair)

shaklee  vivix cell repair

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)

vivix shaklee cell performance


Wednesday 6 November 2013

~Alfalfa Complex Shaklee~

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi



Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air 
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Friday 23 August 2013

Wedding Photo Job

Salam semua pembaca blog.. lama jugak x blogging ni.. asyik muat naik iklan ja kan.. hehehe... Yanie ni sebenarnya memang minat dengan fotografi ni... sebelum melahirkan Che Ilham Wafi, Yanie pernah la jugak terima tempahan untuk 'shoot' gambar kahwin. So, last customer yang Yanie amik gambar was my friend's sister.. 



Elok2 lepas shoot gambar wedding diaorang, Yanie disahkan mengandung... syukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T. di atas anugerah yang amat dinanti2kan selama ni.. tapi bukan pasal pregnant yang Yanie nak share ni...

Hari ni (23 Ogos 2013) Yanie terima job untuk shoot fotografi wedding kawan suami En. Zakry dan isteri. Syukur... rezeki lagi... mula2 tu agak terkial2 jugak la nak memicit kamera.. maklum la... dah lama biarkan kamera tu berehat... so, petang tadi upacara akad nikah di Masjid Ewa, Langkawi. Esok insyaAllah shoot kat rumah kenduri pengantin lelaki dengan 'outdoor shooting'... plan tu nak pi Taman Lagenda.. nanti boleh la Yanie share di sini beberapa gambar depa no... heheheh... 

So, ni antara gambar sekitar majlis akad nikah tadi...




OOHHH Shaklee...

jom dapatkan produk shaklee dengan harga yg istimewa hanya di page FB Sihat Bersama Shaklee atau boleh terus sms | whatsapp YANIE [931108] @ 019-4166909... COD LANGKAWI


Thursday 15 August 2013

Tuesday 6 August 2013

Penjagaan Ibu

Pada minggu-minggu dan bulan-bulan pertama, anda akan memberikan sepenuh tumpuan kepada si kecil. Kebanyakan ibu sering mengabaikan penjagaan diri sendiri sedangkan perkara ini juga akan memanfaatkan bayi dan keluarga anda. Kembali langsing bukan hanya dengan pemulihan fizikal selepas kelahiran, tetapi juga dengan memberi tumpuan pada penjagaan diri, tubuh dan kesihatan anda. Anda perlu memberi perhatian kepada apa yang anda makan, waktu rehat dan penjagaan kulit dan badan. Secara keseluruhan, penjagaan diri amat penting untuk anda kekal sihat dan gembira. Ingat bahawa masa dan penjagaan yang anda berikan kepada diri anda sendiri sebenarnya ialah satu pelaburan ke arah membina sebuah keluarga yang bahagia. Bayi, pasangan dan anak-anak anda akan melihat serta merasai perbezaannya jika anda senang dengan diri anda sendiri. Oleh itu, luangkan masa untuk diri anda sendiri. Berusaha untuk kembali langsing, jaga diri dan kulit anda. Makan dengan teratur, rehat secukupnya dan anda akan menjadi seorang ibu yang lebih baik, lebih relaks dan lebih gembira!

Monday 5 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam penghujung Ramadhan buat semua pembaca blog Yanie... di kesempatan ini Yanie nak ambil kesempatan untuk memohon kemaafan zahir dan batin andainya ada tersilap kata di alam blogging ni. Yanie pun dh agak lama tak update blog Yanie di atas komitmen kerja yang amat lah tinggi melangit.. huhuhu.. apa-apa pun Yanie doakan semoga kalian menyambut raya dengan penuh gembira dan bahagia di samping family tersayang..

Monday 22 July 2013

10 Cara Simpan Susu Perahan

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.

3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.

5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.

8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

~8 Faedah Terhebat Susu Ibu Kepada Bayi~

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan



Sunday 21 July 2013

Pergerakan Bayi Dalam Kandungan...

Bilakah kali pertama saya dapat merasa bayi saya bergerak?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.


Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.


Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 


Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.


Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. 

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda. 

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin. 

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana untuk tahu bila sudah tiba masa bersalin



Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini  lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula! 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 



Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, kedudukan bayi akan tetap dalam mangkuk pelvis anda, sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, dapatkan nasihat mengenai bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.) 

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati ketika hendak duduk. 

Apabila kepala bayi turun lagi ke dalam pelvis, anda akan rasa "ringan", kerana tekanan pada bawah tulang rusuk anda kini tidak begitu kuat. 

Pada peringkat ini juga, anda tidak akan merasa pergerakan keseluruhan badan bayi. Sebaliknya, anda mungkin menerima tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, berdasarkan posisi bayi. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda. 

Ada masanya bayi anda akan diam dan berehat dan ada masanya dia sangat aktif, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur! 



Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat. 

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir kehamilan, anda mungkin sudah mengenal pasti dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 


Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

  • Baring mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Mainkan muzik kepada perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita hamil sering dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari. 

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular kerana penyimpanan rekod seperti ini kurang efektif. Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera. 

http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan#ixzz2ZkkoKBXn

Jom Kita Tengok Perkembangan Bayi dari Usia Janin...

Salam semua mommies... seronok kan bila kita boleh tengok anak² anugerah Allah S.W.T. membesar depan mata kita? Bagi Yanie, tu lah anugerah Allah yang tak terhingga untuk kita. Saja la Yanie nak share dgn korang perkembangan bayi dari seusia janin hingga lah anak² kita besar...