Monday 22 July 2013

10 Cara Simpan Susu Perahan

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.

3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.

5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.

8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

~8 Faedah Terhebat Susu Ibu Kepada Bayi~

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan



Sunday 21 July 2013

Pergerakan Bayi Dalam Kandungan...

Bilakah kali pertama saya dapat merasa bayi saya bergerak?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.


Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.


Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 


Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.


Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. 

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda. 

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin. 

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana untuk tahu bila sudah tiba masa bersalin



Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini  lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula! 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 



Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, kedudukan bayi akan tetap dalam mangkuk pelvis anda, sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, dapatkan nasihat mengenai bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.) 

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati ketika hendak duduk. 

Apabila kepala bayi turun lagi ke dalam pelvis, anda akan rasa "ringan", kerana tekanan pada bawah tulang rusuk anda kini tidak begitu kuat. 

Pada peringkat ini juga, anda tidak akan merasa pergerakan keseluruhan badan bayi. Sebaliknya, anda mungkin menerima tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, berdasarkan posisi bayi. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda. 

Ada masanya bayi anda akan diam dan berehat dan ada masanya dia sangat aktif, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur! 



Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat. 

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir kehamilan, anda mungkin sudah mengenal pasti dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 


Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

  • Baring mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Mainkan muzik kepada perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita hamil sering dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari. 

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular kerana penyimpanan rekod seperti ini kurang efektif. Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera. 

http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan#ixzz2ZkkoKBXn

Jom Kita Tengok Perkembangan Bayi dari Usia Janin...

Salam semua mommies... seronok kan bila kita boleh tengok anak² anugerah Allah S.W.T. membesar depan mata kita? Bagi Yanie, tu lah anugerah Allah yang tak terhingga untuk kita. Saja la Yanie nak share dgn korang perkembangan bayi dari seusia janin hingga lah anak² kita besar...



Monday 15 July 2013

FENOMENA BUNYI KERIK OLEH BAYI

Salam semua.. agak lama kan Yanie x update dalam blog kesayangan Yanie ni... agak sibuk dgn tugas seharian sebagai pekerja, isteri dan ibu... baru2 ni Yanie chat dengan sahabat pasal bayi keluarkan bunyi time dia mengeliat... kalau orang utara sebut bunyi KERIK... bagi Yanie tu normal sebab 90% baby akan keluarkan bunyi tu sampai lah umur baby mencecah 3 bulan lebih. Bunyi KERIK ni mmg x der ubat... cuma pesan orang tua2, diaorang x bagi kita perah kain lampin atau baju baby yang kita basuh sebab kononnya itu lah punca baby bunyi macam tu... 

So, ada x yang nak kongsi cerita pasal fenomena KERIK di kalangan baby? Jom lah kita share sama2....

Friday 5 July 2013

Jangkitan Fungal di Mulut Bayi @ Thrush



Ibu-ibu semua perasan tak pada bayi kadang-kadang ada tumbuh tompok putih atau macam kulat dalam mulut bayi? Bila dibelek-belek, bukannya sisa susu tapi adalah tompok putih yang tidak hilang.

Adakah ia menyakitkan bayi? Tidak sakit sebenarnya cuma tidak selesa sahaja. Itu adalah "kulat" atau juga lebih dikenali sebagai "Thrush". Kulat ini sebanarnya adalah jangkitan yang didapati semasa proses kelahiran. 

Apakah Yang Menyebabkan Ia Terjadi?

Ianya berasal dari kulat yang mana kulat ini biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia. Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi. Tapi ia adalah tidak bahaya sebenarnya. Ia akan semakin membiak bila hormon berubah selepas kelahiran bayi. Ia juga terjadi kerana semasa proses kelahiran, ibu diberi antibiotik. Antibiotik ini akan membunuh semua bakteria termasuk juga bakteria baik. Dengan itulah juga punca boleh terjadinya kulat membiak.

Bila ianya menjangkiti bayi, ibu juga boleh dijangkiti terutama pada ibu yang menyusu badan. Kulat dari mulut bayi akan menjangkiti puting susu ibu. Adakalanya jangkitan itu akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan pada putingnya namun ada setengah ibu tidak mengalami apa-apa kesakitan. Tidak semua bayi yang dijangkiti kulat akan menyebarkan pada ibunya pula.

Bagaimana Mengenalpasti Adakah Ia Thrush Atau Tidak?

Ibu boleh periksa tompokan tersebut, cuba sentuh, dan tengok adakah tompokan itu terasa kasar dan kemerahan. Jika disentuh dan sukar untuk hilang maka ia kemungkinan besar adalah kulat (Thrush). Tanda lain juga boleh dikenalpasti kemungkinan bayi akan berasa sakit atau tidak selesa bila semasa menyusu dia menangis. Kemungkinan juga bayi anda sudah mula diserang kulat ini.

Bagaimana Merawat Kulat (Thrush) ini?

Dalam kebanyakan kes jika bayi tidak berasa sakit, ia boleh pulih sendiri dalama jangka masa beberapa minggu. namun jika bayi menangis, cepat-cepat bawa pada pakar kanak-kanak dan periksa dengan lebih lanjut. Anda kemungkinan akan diberi satu ubat sapu anti kulat yang diberi nama Nystatin. Ubat ini boleh disapu menggunakan jari anda ke sekitar tempat yang dijangkiti.

Keistimewaan Set Penyusuan Shaklee

✿✿ HEBATNYA SUSU IBU! ✿✿
paling HOT digemari ibu-ibu...
susu banyak,susu pekat--->si comel kenyang,tidur lena!

"Setelah sebulan pengambilan Trial Pack (Set for breastfeeding, saya memang dapat rasakan·perubahan yang KETARA dari segi kecergasan+kesihatan tubuh badan DAN kualiti susu perahan. Memang rasa·sangat cergas, kurang stress+lebih ceria dan susu pun increased! Wowww.., kite rase cergas dan semangat nak buat kije, Bile kite tidak stress, hati pun happy jer" - testimoni saya

=======================================

♥♥ KEBAIKAN SET MENYUSU 3M ♥♥

★Memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim
★Membantu perkumuhan (lebih lawas)dan
★Membuang angin dalam badan
★Membantu penghasilan susu ibu,
★Meningkatkan imunisasi ibu.
★Kalsium untuk mengurangkan masalah lenguh, sakit sendi ibu, sejuk2 badan
★Membantu masalah osteoporasis
★Membantu tumbesaran tulang bayi
★Mengelakkan kuantiti susu berkurang secara mendadak ketika haid
★Membantu pemuliharaan tisu
★Mencantikkan kulit.
★Memgenyangkan dan mencergaskan badan ibu.
★Si Comel cepat kenyang

==========================================
Dapatkan segera!
10 pelanggan pertama akan mendapat harga potongan istimewa!! (✿◠‿◠)

✉ like page Sihat Bersama Shaklee
✉ PM ke http://www.facebook.com/messages/yanielgk.shaklee

☎ Yanie 019-4166909

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink

e) ESP - Soy Protein Isolate Powder
Antara komposisi utama dalam susuibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

f) Kalsium@ Ostematrix
Dalam susuibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.



Thursday 4 July 2013

Risau Susu Merudum Dalam Bulan Puasa??



WOWWW!!! BARU AMBIL 2 HARI, SUSU DAH MEMANCUT-MANCUT???!!!!

PUASA DAH DEKAT. STOK SUSU TAKDE. SUSU PULAK SEGAN-SEGAN NAK KELUAR??????

[✔] Stok susu kais pagi makan pagi kais petang simpan esok pagi?
[✔] Anda dah nak masuk kerja tapi stok susu takde?
[✔] Nak susukan anak sampai 2 tahun?

JANGAN RISAU... Kami boleh bantu ANDA!!!

PERCAYA atau TIDAK, Set Breastfeeding Shaklee MAMPU membuatkan ANDA hasilkan SUSU LEBIH BANYAK sampai memancut-mancut!!!!

Ya... BETUL...

SEBELUM ni, ramai yang RAGU-RAGU..

TETAPI, bila dah cuba, masing-masing BEREBUT-REBUT NAK REPEAT ORDER!!!!!

Takkan nak biarkan anak LAPAR sebab susu x cukup!!!

Dapatkan Set Breastfeeding Anda SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!!!

================
PUAN NAK ORDER????
================

Ya, boleh!!! Kami baru saja RESTOCK ! TERHAD!!!
Biasanya CEPAT je dah SOLD OUT! LICIN (bukan main-main)

HARGA RUNTUH TERHAD untuk 5 pelanggan pertama SAHAJA!!

[✔] Percuma Konsultansi
[✔] Percuma Tips Penyusuan Eksklusif
[✔] FREE Gift

BERMINAT nak dapatkannya, SILA BERTINDAK SEKARANG!!!!

--->SILA PM ke
https://www.facebook.com/yanielgk.shaklee
https://www.yanielgk.blogspot.com/

atau

---> SILA SMS/WHATSAPP ke 019-4166909

[ SIAPA CEPAT, DIA GERENTI DAPAT. SIAPA LAMBAT, SUSU DIA "SOLD OUT" !!! ]

Sekian.

P/S - Di kala anda sedang baca post ni, ada ribuan orang lagi di FB sedang membacanya juga.

DAPATKAN SEKARANG sebelum susu anda sendiri "SOLD OUT"!!!!!

Jika anda bukan SEORANG IBU YANG MEMPUNYAI MASALAH SUSU MERUDUM, sila bantu mereka dapatkan maklumat ini!!!!

Insya Allah sama-sama kita MERIAH kan stok susu ibu!