Friday 23 August 2013

Wedding Photo Job

Salam semua pembaca blog.. lama jugak x blogging ni.. asyik muat naik iklan ja kan.. hehehe... Yanie ni sebenarnya memang minat dengan fotografi ni... sebelum melahirkan Che Ilham Wafi, Yanie pernah la jugak terima tempahan untuk 'shoot' gambar kahwin. So, last customer yang Yanie amik gambar was my friend's sister.. 



Elok2 lepas shoot gambar wedding diaorang, Yanie disahkan mengandung... syukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T. di atas anugerah yang amat dinanti2kan selama ni.. tapi bukan pasal pregnant yang Yanie nak share ni...

Hari ni (23 Ogos 2013) Yanie terima job untuk shoot fotografi wedding kawan suami En. Zakry dan isteri. Syukur... rezeki lagi... mula2 tu agak terkial2 jugak la nak memicit kamera.. maklum la... dah lama biarkan kamera tu berehat... so, petang tadi upacara akad nikah di Masjid Ewa, Langkawi. Esok insyaAllah shoot kat rumah kenduri pengantin lelaki dengan 'outdoor shooting'... plan tu nak pi Taman Lagenda.. nanti boleh la Yanie share di sini beberapa gambar depa no... heheheh... 

So, ni antara gambar sekitar majlis akad nikah tadi...




OOHHH Shaklee...

jom dapatkan produk shaklee dengan harga yg istimewa hanya di page FB Sihat Bersama Shaklee atau boleh terus sms | whatsapp YANIE [931108] @ 019-4166909... COD LANGKAWI


Thursday 15 August 2013

Tuesday 6 August 2013

Penjagaan Ibu

Pada minggu-minggu dan bulan-bulan pertama, anda akan memberikan sepenuh tumpuan kepada si kecil. Kebanyakan ibu sering mengabaikan penjagaan diri sendiri sedangkan perkara ini juga akan memanfaatkan bayi dan keluarga anda. Kembali langsing bukan hanya dengan pemulihan fizikal selepas kelahiran, tetapi juga dengan memberi tumpuan pada penjagaan diri, tubuh dan kesihatan anda. Anda perlu memberi perhatian kepada apa yang anda makan, waktu rehat dan penjagaan kulit dan badan. Secara keseluruhan, penjagaan diri amat penting untuk anda kekal sihat dan gembira. Ingat bahawa masa dan penjagaan yang anda berikan kepada diri anda sendiri sebenarnya ialah satu pelaburan ke arah membina sebuah keluarga yang bahagia. Bayi, pasangan dan anak-anak anda akan melihat serta merasai perbezaannya jika anda senang dengan diri anda sendiri. Oleh itu, luangkan masa untuk diri anda sendiri. Berusaha untuk kembali langsing, jaga diri dan kulit anda. Makan dengan teratur, rehat secukupnya dan anda akan menjadi seorang ibu yang lebih baik, lebih relaks dan lebih gembira!

Monday 5 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam penghujung Ramadhan buat semua pembaca blog Yanie... di kesempatan ini Yanie nak ambil kesempatan untuk memohon kemaafan zahir dan batin andainya ada tersilap kata di alam blogging ni. Yanie pun dh agak lama tak update blog Yanie di atas komitmen kerja yang amat lah tinggi melangit.. huhuhu.. apa-apa pun Yanie doakan semoga kalian menyambut raya dengan penuh gembira dan bahagia di samping family tersayang..