Thursday 27 June 2013

Keperluan Nutrisi untuk Ibu Menyusu

KEPERLUAN PROTEIN KEPADA IBU MENYUSU
Wanita yang menyusukan bayi amat memerlukan pemakanan yang tinggi kandungan nutrisi dalam diet seharian. Apa yang ibu makan akan terus disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Selain keperluan vitamin dan mineral tambahan, ibu menyusukan juga memerlukan lebih protein bagi memastikan badan terus menghasilkan susu yang berkhasiat. Walaupun ramai yang mengatakan pemakanan mereka adalah cukup berkhasiat, namun masih ada lagi ibu-ibu yang memerlukan lebih protein dengan bantuan pemakanan tambahan. 


KEPERLUAN PROTEIN BAGI IBU MENYUSU
Wanita yang menyusukan bayi memerlukan lebih banyak protein berbanding wanita yang tidak menyusukan. Mereka bukan sahaja perlu memenuhi keperluan badan sendiri, malah memerlukan lebih tambahan protein untuk mengekalkan tenaga kepada badan semasa proses penghasilan susu badan dan juga sebahagian protein juga perlu dibekalkan kepada bayi yang disusukan melalui susu ibu.

SIAPA YANG MEMERLUKAN PEMAKANAN TAMBAHAN ?
Kebanyakkan wanita sememangnya tidak mendapat cukup bekalan protein dari diet harian mereka. Malah walaupun mereka peka dengan pengambilan protein, masih lagi tidak cukup dan agak mencabar untuk mereka menampung keperluan protein oleh badan terutama bagi ibu menyusu. Maka di sini pemakanan tambahan seperti serbuk minuman protein mampu membantu.

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK PROTEIN ?
Di pasaran terdapat berbagai jenama serbuk protein. Kebanyakkannya adalah sumber protein berasaskan soya atau telur. Walaubagaimana pun, apa yang penting di sini adalah jenis dan bilangan kandungan asid amino yang terkandung dalam produk terbabik. Asid Amino adalah sangat penting bagi pertumbuhan sel dan badan. Asid Amino tidak dapat dihasilkan oleh badan dan kehadiran Asid Amino yang lengkap (9 jenis) dalam produk yang dipilih adalah amat penting.

9 Jenis Amino Asid yang diperlukan:
  1. Histadine : berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.
  2. Isoleucine: Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah
  3. Leucine : Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
  4. Lysine : diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysine juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan
  5. Methionine : Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku
  6. Phenylalanine : Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
  7. Threosine : Dapat meningkatkan mood positif dan juga antioksidan.
  8. Tryptophan :Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan.
  9. Valine : Penting untuk pembinaan otot. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal
SHAKLEE ENERGIZED SOY PROTEIN (ESP)
Shaklee menawarkan minuman protein berasaskan Non-GMO soy (soya) yang terbaik.
Shaklee ESP mengandungi kesemua 9 Asid Amino yang diperlukan oleh badan dan mampu membekalkan tenaga bagi memulakan hari anda.
jom teruskan bacaan anda :
Energized Soy Protein (ESP)
Set Berpantang/Hamil/Menyusu + Shaklee ESP 



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email yanie.izwn@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0194166909 Facebook id : Yanie Izwan

Antara Kedudukan Ketika Menyusukan Bayi


Bahaya Air dan Susu Formula bagi Bayi Kurang 6 Bulan

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan

5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik

Mengapa Perlu Menyusu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Bayi?

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi

1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan
4. Mengurangkan risiko kepada alahan
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik
7. Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
8. Menggalakkan tumbesaran
9. Penghadaman yang mudah



Faedah-faedah susu ibu untuk ibu

1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
5. Menjimatkan masa dan wang
6. Mudah dan tidak perlu persediaan

KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA (EKSKLUSIF)

1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
3. Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
5. Mengurangkan alahan
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu
7. Mengelakkan bengkak payudara
8. Mengeratkan kasih sayang