Thursday 9 May 2013

Hadiah yang Tak Ternilai


Setelah 7 tahun menunggu dan berusaha, akhirnya saya telah disahkan hamil. Setelah melalui fasa kehamilan yang agak mencabar (saya mengandung dan alah teruk masa bulan puasa) dan saya berjaya laluinya dengan penuh sabar, maka kami diHADIAHkan oleh Allah S.W.T. Che Ilham Wafi bin Che Izwan. Baby Wafi selamat dilahirkan pada jam 9.39 pagi hari Ahad, 24 Februari 2013 di INS Specialist Centre, Alor Setar. Dr. Annuar Hussainy yang sambut baby Wafi.

Masa saya dapat tahu yang saya hamil, saya terus pasang niat untuk memberi susu ibu sepenuhnya sehingga cukup umur baby Wafi 2 tahun. Setelah lahir, saya bersyukur sebab susu badan saya banyak. Namun begitu, beberapa ujian terpaksa dihadapi apabila baby Wafi kena demam kuning (jaundis) yang agak tinggi, sewaktu jururawat melakukan lawatan ke rumah, mereka menasihatkan saya supaya berhenti breast feed sebab dikhuatiri susu badan saya yang menjadi punca jaundis baby Wafi lambat turun. Allah yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan saya masa tu. Airmata mengalir keluar kerna sedih... seolah-olah saya berpisah dengan baby. Saya dinasihatkan untuk memberi susu S26 agar jaundis Wafi cepat turun. Waktu itu saya agak keliru kerana apa yang saya tahu, susu ibulah penawar terbaik untuk jaundis. Dengan berat hati saya terpaksa ikut nasihat jururawat tersebut. Setelah 3 hari, jururawat yang menasihatkan saya berhenti breast feed itu datang semula ke rumah dan memberi satu nasihat yang baharu. Mereka menyuruh saya meneruskan penyusuan susu ibu kepada baby Wafi. Saya berasa menyesal kerana mengikut nasihat mereka walhal saya tidak sepatutnya berhenti dari memberi susu ibu kepada Wafi. Akibatnya susu badan saya mula merudum. Kalau pump pun hanya cukup untuk sekali minum... cuma dapat 2-3 oz ja..

Saya pernah menghadapi tekanan kerana dua orang anak saya sebelum ini tidak mendapat  khasiat susu ibu secara ekslusif. Oleh sebab itulah saya berniat dari awal kehamilan untuk memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada Wafi.

Sewaktu kami membawa Wafi untuk mendapatkan suntikan vaksin 2 bulan di INS, pakar kanak-kanak di situ mengatakan berat baby Wafi naik cukup-cukup i.e. 1kg sebulan. Pakar tersebut juga menyarankan supaya kami menyulam susu ibu dengan susu formula. Terpaksa juga kami turutkan demi kebaikan Wafi. Saya sentiasa mencari-cari vitamin atau suplemen khas untuk tambahkan kuantiti susu badan dan AKHIRNYA saya berjaya mendapatkan Set Penyusuan Shaklee. 

Set Penyusuan Shaklee yang paling basic ni mempunyai dua jenis suplemen.. ESP (Energy Soy Protein) dan Alfalfa Complex. Syukur Alhamdulillah... sejak saya ambil suplemen ni, susu mmg lebih la dari sebelum ni (namun belum sampai tahap boleh buat stok lagi).

Sekarang saya akan mula mencuba Set Triple M.. nanti saya akan update di sini...

Terima kasih kerana sudi baca blog saya ni dan nantikan updates daripada saya yer...